Friday, 27 December 2013

Bab 6 pulak.


b4 that, tq so much  untuk sesiapa yg sudi baca novel ini. Oh, and 4 those who read this, i need the comments ya!
 
Bab 6

Pintu rumah dibuka. Reyanna dengan lajunya menapak ke arah suaminya. Sudah tahu si suami yang dah balik. Dengar deruman kereta sahaja dia dah tahu. Ah, dah arif sangat dah. ‘Amboi, Reyanna.. Hebatnya!’ Reyanna sudah angkat bakul sendiri. Senyumannya pula dipamerkan dengan semanis yang mungkin.
Musykil Aidid jadinya. Apa kena dengan dia ni? Baru aku keluar aje tadi, takkan dah mereng macam ni? Aku suruh kemas barang-barang dia aje tadi, kenapa jadi macam ni?
“Kau ni kenapa? Senyum-senyum kambing kat aku?”
“What? Senyum kambing awak cakap? Eh, ni senyuman ni adalah senyuman yang telah mengalahkan ratu dunia tau!” laju jari Reyanna tujukan ke arah bibirnya itu.
“Kalau kau senyum kat kucing luar sana, kucing boleh mampus kau tahu tak. Takut! Hih, meremang bulu roma aku.”
Takut? Pelik Reyanna jadinya. Bergegas dia menghampiri cermin di dapur lalu dia mempamerkan senyuman seperti tadi.
Tak takut pun. Apa kena dengan senyuman aku? Nak kata bibir aku comot.. Tak.. Habis? Tanpa disedari Reyanna, segala perbuatannya itu diperhati oleh Aidid rupanya. Gila! Percaya punya pasal? Memang gilalah kau ni! Tapii...
Malang bagi Aidid apabila senyuman yang terhasil di bibirnya dapat ditangkap oleh Reyanna.
“Ah, awak intai saya eh? Kenapa nak tengok saya senyum lagi eh? Meh sini..” Dihampiri lelaki itu yang sedang duduk di sofa.
“Eh, apa ni?”
“Tengoklah, saya sedang senyum ni.” Sedikit demi sedikit tubuh Reyanna mendekati Aidid sehingga hidung mereka sudah bersentuhan. Namun, semua itu diakaukan Reyanna tanpa disedarinya diri sendiri. Yang jelas, seronok! Mengenakan mamat ni! Adillah tu, dia kenakan aku.. Aku kenakan dia balik! Rupa-rupanya...
“Ehemmm..”
Alamak! Tan Sri Deraman merangkap atuk baru aku! Dia tengok ke apa aku buat tadi? Tiba-tiba seluruh wajah Reyanna bertukar menjadi merah. Malunya!
“Atuk.” Sepatah sahaja kata-kata Aidid. Dia pun terkejut sebenarnya. Mak aihh.. Atuknya serius sekali wajahnya!
‘Ha, inilah pengaruh sinetron terhadap aku’ - Reyanna.
Apabila melihat Aidid yang sedang menghampiri atuknya itu, Reyanna turut mengikut sama. Aidid bersalam dengan atuknya pun diikutnya jua. Kemudian, mati terus akalnya. Apa yang aku nak cakap ni? Gelisah Reyanna bukan main lagi.
Hih.. Perempuan ni. Dengan aku, bukan main berani kau ya. Depan keluarga aku, kecut kau jadinya. Lantas, Aidid memberi isyarat kepada Reyanna agar menyuruh atuknya duduk.
“Ermm.. Atuk.. Duduklah.” Wajah atuk itu dipandang Reyanna. Takut juga tengok muka atuk Aidid ni. Seram aku.
Kemudian, Tan Sri Deraman menapak perlahan ke arah sofa. Fuh! Lega. Nasib baiklah, dia ikut cakap aku. Kalau tak mati kutu aku!
“Aidid, atuk nak air. Dahaga pulak rasanya.”
“Baiklah, tuk..” Aidid segera ke dapur namun sempat ditahan oleh atuknya itu.
“Eh.. Buat apa kamu nak pergi dapur? Kamu kan dah ada isteri. Suruhlah isteri kamu.”
Mata atuk kemudian memandang Reyanna. Tak apa atuk. Saya faham! Segera Reyanna pula yang menuju ke dapur. Telinganya pula sempat mendengar celoteh anak beranak itu sebelum menghadap dapurnya itu.
“Ermm. Reyanna.” Laung atuknya.
“Ya, atuk”
“Atuk nak air yang panas-panas. Air kopi ya! Kaw-kaw ya.” Pinta Tan Sri Deraman.
“Baiklah, atuk.”
Sekembalinya Reyanna ke dapur. Bersorak dirinya. Yess! Alhamdulillah. Nasib baik aku bijak! Segera dihampiri kabinet dapurnya itu. Hee. Sebenarnya, aku dah beli air kopi ni di kedai seberang sana. Untung, atuk suka air kopi. Kalau tak mampuslah aku nanti. Yelah, biasanya orang tua-tuakan suka air kopi. That’s why I buy it.
‘Wow! Bijaknya kau Reyanna!’ puji akalnya.
‘Kenapa tak buat sendiri?’ hatinya pula menyoal. Gila kau, aku nak buat sendiri. Aku mana pandai buat-buat air ni.. Yang aku tahu buat air kosong aje. Hee. Loyar buruk betul. Tapi dah sejuklah. Akalnya ligat memikirkan cara untuk memanaskan kopi itu.
Ah, apa susah. Microwave kan ada. Masukkan ajelah. Tak lama kemudian..
Ting!!
‘Argghhh.. Kuatnya. Mintak-mintaklah si atuk dan mamat tu tak dengar. Nanti dia cakap aku buat kuih pulak. Tak kuasa aku nak melayannya. Nak buat kuih bagai. Memang lagilah aku fail! Diambilnya kopi itu dengan hati-hati lalu diletakkan di atas dulang. Habis suami aku nak minum apa?
Ah, fresh orange! Dia ada ke? Adanya. Orang kaya. Minuman feveret golongan dia tu! Dibuka peti ais. Yes! Yahoo! Ada. Dituangkan air itu di dalam gelas. Oh, makanan? Apa ya? Matanya terpandang biskut di kabinet dapurnya. Biskut pun biskutlah. Takpe, biskt sebagai syarat aje untuk nampak lebih mantap lagi bila aku nak serve nanti. Barulah nak umppphhh sikit. Orang baru kahwin. Kena adalah serinya. Apa aku duk mengarut ni? Dahlah. Pergi hantar cepat. Cepat hantar.. Cepat rehat! Boleh aku blah!
Okey ke ni? Pusing kiri.. Pusing kanan. Dalam rumah aje kut. Takkan nak bergaya sakan macam ni? Dilihat dirinya di cermin. Dipandang atas hingga ke bawah. Jeans skinny berwarna biru dengan baju lengan panjang warna pink itu dilihatnya sekali lagi. Atas nampak ok.. Bawah ni. Ketat yang amat. Tapi baju ini aje yang paling sopan yang aku ada! Oh god! What should I do? Ni namanya bukan aku nak nampakkan yang aku ni seorang isteri solehah depan atuk tapi nampak macam nak menggoda atuk ni. Aduh. Dahlah aku dah dimalukan tadi masa.. Solat!
Jangan suka! That is the fact. Dah lama sebenarnya... Aku tak solat. Tadi, habis aku diketawakan oleh si mamat tu. Mana taknya, aku.. Aku tertidur dalam solat.
Jangan salahkan aku, okey. Salahkan atuk dialah.. Dah atuk dia yang baca panjang sangat. Dengan suaranya.. Ya Allah.. Tuhan aje tahu. Mendayu gila! Macam dengar orang bersyair pun ada! Malu beb!
Tak cukup dengan tu, aku dahlah tersilap step tadi. Sepatutnya orang rukuk dulu baru sujud. Aku? Sujud terus. Yelah, mata aku ni. Khusyuk sangat tengok si Aidid ni. Aku Cuma ikut aje step dia. Dia tu. Nampak macam nak sujud aje. Aku pun apa lagi. Nak tunjuk pandai kan, tanpa tengok dia aku sujud terus. Lepas tu, aku rasa lama aje ni sujud. Kenapa? Nak bangun kan, aku dah tak ingat stepnya. Aku pun tunggu lah. Tunggu punya tunggu dah bagi salam dah rupanya. Aku apa lagi. Pura-pura lah duduk balik pastu bagi salam. Ingatkan Aidid tak perasan dengan atuk dia. Tapi.. Hampeh . Dia tahu jugak, rupanya. Tapi, untunglah sebab hanya Aidid yang tahu. Kalau atuk dia? Geleng kepala ajelah aku nanti.
So.. The conclusion is.. Aku tak mahu lagi dimalukan. Titik! Ditilik lagi oleh Reyanna akan bajunya itu.
“Wehhh! Tak siap lagi kau ni ya! Cepatlah, atuk dah tunggu lama tu. Cepat serve makanan, dah lapar dah tu atuk. Kau masak!” tegas bicara Aidid terus berlalu meninggalkan Reyanna termangu sendirian.
Aidid nampak macam okey aje tengok aku. Maknya, tak teruklah pakaian aku ni. Ah, okeylah tu. Rambutnya diikat kuda agar nampak tidak serabai. Selepas itu, dia menapak ke dapur. Fuh, selamat lagi aku.. Atuk tak ada dalam ruang tamu. Ada dekat luarlah tu. Ambil angin.
Sejurus itu, matanya meliar mencari lauk yang dibeli Aidid itu. Mana lauk yang dibeli Aidid ni? Tadi, cakap...
Wait!! Oh, No!!! Oh My God!!“Wehhh! Tak siap lagi kau ni ya! Cepatlah, atuk dah tunggu lama tu. Cepat serve makanan, dah lapar dah tu atuk. Kau masak!” diingatnya kembali kata-kata Aidid. Kau masak? Aku masak? Tolong aku! Matilah.
Dummm!! Dumm!!
“Bunyi apa tu Aidid.. Kuat sangat tu?” Tan Sri Deraman menyoal cucunya itu.
“Oh.. Reyanna lah tu. Memasak kut.”
“Memasak? Memasak sampai ketuk kuali macam tu sekali? Brutal sungguh isteri kamu?” Aidid hanya mampu tersenyum.
“Kejap, atuk. Aidid pergi tengok.” Laju langkah kakinya menuju ke dapur.
Reyanna! Kau buat apa lagi ni? Janganlah susahkan aku lagi!
“Eh! Kau buat apa ni?” soal Aidid. Terkejut barangkali. Mana taknya, dah macam orang gila perempuan ni. Tapi kelakar pulak tengok dia. Yelah, di tangannya kirinya ada senduk, tangan kanan pulak ada kuali. Apa lagi, diketuknya senduk itu ke kuali beberapa kali. Aisyhh.. Kena sabar banyaklah aku jawabnya dengan kerenah budak ni.
“Ha. Datang pun. Lama tau saya duk ketuk-ketuk kuali. Sampai letih tangan ni. Dah merah dah.” Adu Reyanna sedikit manja.
“Ya ke? Mana dia nak tengok.” Diambil tangan Reyanna itu lalu ditiliknya.
Lalu, tangan itu dilepaskannya.
“Ada aku kisah?” Reyanna menjelingnya geram.Main-main pulak mamat ni! Hih. Kau nampak tak senduk kat tangan aku ni? Aku ketuk kepala kau kan sampai biul. Baru padan muka! Nak aje aku cakap macam tu. Tapi, tak boleh sebab aku memerlukan pertolongan dia sekarang ni. Heee. Nak minta toolong dengan orang, mestilah kita buat baik. Itu prinsip Reyanna. Biarlah orang kata salah or anything sebab ini prinsip hidup dia. Exactly!
Eh, mamat ni nak ke mana? Aku belum cakap lagi apa aku nak. Haduii.. Lantas, Reyanna mengejar Aidid kembali lalu tangan sasa lelaki itu dicapainya.
“Awak nak ke mana ni? Saya tak habis cakap lagi!”
“La, kau nak cakap ke tadi. Aku ingatkan kau saja-saja aje tadi. Yelah, manalah tahu kau nak prepared untuk buat persembahan lepas ni kat atuk. Kau kan badut!”
“Badut. Erghhh. Whatever. Awak. Awak mesti tolong saya!”
“What should I?” Hih! Bengang aku.
“Awak kan suami saya.”
“Siapa mengaku?” Arghh! Cari pasal betul mamat ni!
“Okey. Whatever. Tapi, tolong saya, awak.” Reyanna merayu. Aidid tersenyum kemenangan. Padan muka kau!
“Kau nak aku tolong apa?”

“Tolong belikan lauk.”
“Kenapa tak cukup bahan ke?”
Reyanna menggeleng
“Habis tu?” Aidid menyoal. Pura-pura bodoh dan tak tahu akan kelemahan Reyanna yang satu itu.
“Saya... Saya kan tak pandai masak.” Terus tersembur ketawa Aidid cuma dalam mode perlahan aje. Kalau tak serumah boleh dengar suara garau aku ni!
“Habis, awak nak saya keluar tengah-tengah malam macam ni? Saya nak cakap apa dengan atuk nanti kalau dia tanya? Lagipun, awak nak ke layan atuk saya nanti bila saya pergi beli lauk tu semua?” Reyanna menggigit bibrnya. Ah.. Pening aku! Betul jugak apa Aidid cakap tadi. Nak ke aku layan atuk dia? Hih. Aku tak pandailah nak ambik hati orang tua.
“Tadi, bukan ke awak keluar tadi?” Aidid mengangguk cuma.
“Bukan awak keluar untuk beli lauk?” Reyanna menyoal lagi.
Aidid terdiam.
“Awak tolonglah saya.” Reyanna terduduk jadinya.
“Apa saya nak buat ni?” Suara Reyanna sudah berubah menjadi serak basah. Yang pasti, dia mahu menangis. Kenapa? Dia sendiri tak tahu kenapa dia emosi sangat. Nak period kut! Telahnya.
“Aidid!” Tan Sri Deraman sudah memanggil.
Aidid gelabah jadinya. Pantas, dia membuka peti ais lalu disuakan lauk yang dibeli olehnya kepada Reyanna.
“Ambik! Panaskan! Cepat. Dah lewat ni!” arah Aidid.
Membuntang mata Reyanna jadinya. Ceh! Dia beli lauk rupanya. Dia kenakan akulah ni? Arghhh! Sakitnya hati!

Thursday, 19 December 2013

Bab seterusnya.. Hope like it..

Bab 3

Aisyah mengurung dirinya di dalam bilik mandi. Dibuka pili air sehabis mungkin. Air matanya jatuh tidak tertahan. Tangisannya tenggelam bersama pancuran air yang mengalir deras memenuhi tab mandi.

“Eh, awak.Awak tengok apa tu?”

Masih terngiang-ngiang suaranya berkata kepada buah hatinya itu.Dipandang penampilan Aidid hari ini, sungguh mempersonakannya.Dengan mengenakan baju polo berwarna biru laut itu dengan jeans bersama kaca mata hitam yang cukup menyerlahkan ketampanannya. Dia tahu, tidak elok jika anak dara memandang lelaki lama-lama namun matanya tetap berdegil.

“Sayang, tengok tu!” diarahkan tanganya ke arah kepada seorang perempuan yang cukup seksi itu.Terbeliak mata Aisyah jadinya.Api cemburu sudah marak menyala. Lantas, dia membawa diri.Takut tidak mampu mengawal emosinya tika itu.

“Eh, Humaira.Awak nak ke mana tu?” panggilan Aidid itu dibiarkan sahaja oleh Aisyah.Melihat Aisyah sudah melarikan diri, pantas dikejarnya lalu dihalang jalan buah hatinya itu sambil mendepakan tangannya dengan seluas yang mungkin.

“Kenapa ni?” soal Aidid lembut.Dipandang kekasihnya itu, namun Aisyah sudah melarikan matanya. Dia melihat mata Aisyah, yang sedari tadi  asyik melihat wanita yang ditunjukkannya tadi.

“Oh, ni lari daripada saya ni sebab jealous la ni? Hurmm.. Nice..” tersenyum manis Aidid pada Humaira.

“Ma... Mana ada..Jangan nak reka-reka cerita, ek.”Aisyah membela dirinya.

“Betul ni?Tak jealous, eh? Okey, saya nak mintak number phone dia jap. Awak tunggu sini, eh?” dilangkah kakinya laju ke arah perempuan seksi itu.Namun, kakinya terhenti apabila suara Aisyah berbunyi.

“Lelaki ni semuanya sama kan? Tak ada beza! Pergilah, mintak number phone dia kirimkan sekalilah salam saya untuk dia, ye.”Aidid sudah tersenyum lebar. Ahh, tahulah dia kini bahawa wanita ini sudah cintakan dia! Ahh, indah sungguh dunia ini, tidak sia-sia juga dia mengambil masa selama 2 tahun untuk memikat wanita ini.Ditanggalkan kaca mata hitamnya lalu bergerak ke arah kekasih hatinya itu.

“Haa.. Kan senang, mengaku macam ni. Kan dah jelas jadinya.Saya dah tahu yang awak memang sayangkan saya.”
“Siapa sayangkan awak? Saya tak cakap apa-apa pun?”

“Opss..Salah. Awak memang tak sayangkan saya, tapi cintakan saya kan?” dari setenag-tenang wajah wanita tetiba sudah bertukar merah udang bakar. Tergelak sakan Aidid.Geram Humaira jadinya, lalu ditinggalkan lelaki itu.

“Eh, awak.. Tunggulah..”Aidid mengejar langkah Humaira yang sudah meninggalkannya.

“Awak nak apa ni, Aidid? Tak eloklah,kalau orang nampak.”

“Saya ikhlas..”

“Ikhlas apa ni? Hish,janganlah buat kepala saya makin pening.”

“Saya ikhlas nak jadikan awak isteri saya. Saya janji saya akan menjaga awak. Saya akan berada di samping awak ketika awak berada dalam susah dan senang. Satu aje sekarang, yang awak perlu tahu. Awak sekarang sentiasa berada dalam hati saya. Awak pergilah merantau sejauh mana,setinggi mana pun, awak tetap di hati saya dan percayalah saya akan sentiasa mengejar awak. Yang pasti, saya bukan mengejar bayang seorang wanita yang bernama Humaira.”Humaira terdiam. Subhanallah dia sungguh terpesona dengan kata-kata lelaki itu.Tidak dapat dinafikannya lagi yang dia juga sudah dapat menerima lelaki itu di dalam hatinya.Namun, tiba-tiba akalnya bagaikan terkena renjatan elektrik lantas mukanya sudah mempamerkan wajah yang sinis.

“Wah.. Hebatnya.. Awak akan jaga saya, berada di sisi saya..Wow, cukup romantis.  Awak, saya tak butalah nak nilai semua ni. Baru aje tadi awak tengok perempuan lain.Itu awak cakap yang awak ni setia dengan saya? Dahlah, saya nak balik.”

“Saya tengok perempuan tu, sebab saya tertanya-tanya apakah sebab wanita itu berpakaian begitu? Saya tengok dia juga, saya berdoa agar dia dapat jadi seperti awak.Saya berharap sangat agar ramai manusia yang taat pada Allah. Itu ajelah. Dan awak, saya sangat percaya yang awak sememangnya diciptakan untuk saya. Percayalah, Humaira saya memang nak jadikan awak peneman hidup saya sampai ke akhirat.”

‘Kenapa?Kenapa?Kenapa semua ni perlu terjadi pada aku?’Aisyah menangis teresak-esak.Hidupnya bagaikan sia-sia sahaja. Janji lelaki itu hanya tinggal janji sahaja.Segalanya sudah tersurat sang sempurna itu sudah dimiliki oleh adiknya.. Reyanna!

Suasana di meja makan sunyi sepi saja sedari tadi.Hanya bunyi dentuman sudu dan garfu sahaja berlaga sesama sendiri.Aidid sudah bosan.Dilihat perempuan di sebelahnya itu tersangatlah leka dengan makanannya. ‘Aduh perempuan ni, laparnya. Kalau macam ni bisa habis beras rumah aku ni! Kuat betul dia makan.’Tiba-tiba akalnya mendapat idea yang tersangat bernas.Bibirnya sudah mengukir senyuman yang penuh makna. Yang pastinya dirinya mahu mengenakan perempuan ni.

“Ehem.. Mak.. Ayah.. Aidid ada sesuatu nak cakap dengan mak ayah ni.” Aidid memulakan suasana perbicaraan yang sudah lama mati di antara mereka.

“Ha, Aidid apa dia?” soal Ramli. Semua mata memandangnya kecuali Reyanna. Huh, perempuan ni kalau dah bab makan jangan harap nak dengar apa orang cakap. Reyanna pula lain ceritanya. Telinganya malas nak mendengar apa yang bakal diperkatakan oleh suaminya itu. ‘Ah, kuasa aku nak melayannya. Dah sah-sah dia tak akan cakap pasal aku. Jadi buat apa aku nak dengar pulak. Tak penting pun!  Baik aku makan. Lagi seronok!’

“Macam ni, mak, ayah. Aidid ingat esok Aidid dah nak balik KL.” Oh nak balik rumah dia rupanya. Baguslah, tak payah nak runsingkan kepala aku duk memikirkan dia. Lagipun, kalau dia pergi, aku akan ada banyak masa lagilah nak ENJOY!! Reyanna sudah tersenyum riang. ‘Amboi, Reyanna tak insaf-insaf lagi ke?’ akal Reyanna bersuara namun hanya selamba Reyanna dibuatnya. Dalam hati Aidid pula bukan main geramnya yang semakin membuak-buak itu. ‘Eh, apa pasal perempuan ni senyum ni? Mesti, dia ingat aku nak tinggalkan dia kat sini ni! Huh, jangan harap! Selagi dendam ni tak terbalas jangan harap aku akan lepaskan kaulah!’ akal Aidid pula berfikiran jahat.

“La, kenapa cepat sangat?” Ramli pula bersuara.

“Hisy, abang nih. Biarlah, budak tu nak balik. Dah tentulah dia sibuk. Banyak kerja agaknya.” Latifah menyangkal kata-kata suaminya.

“Habis, kamu nak bertolak balik pukul berapa?” soal Ramli lagi.

“Dalam 12.30 petang nanti, InsyaAllah.” Jawab Aidid sopan

“Habis Reyanna ni, kamu nak tinggalkan ke dekat sini?” soalan Ramli kali ini berjaya memberhentikan suapan Reyanna. Dipandang suaminya silih berganti dengan ayah angkatnya itu mengaharapkan jawapan tidak daripada Aidid. Aidid pula sempat menghadiahkan senyuman sinis terhadap Reyanna lalu berkata

“Saya bawaklah sekali ayah.”

“Da...” soalan yang baru hendak terpacul daripada mulut Ramli kali ini terus disangkal oleh Latifah tiba-tiba.

“Abang ni, jangan usah ditanya lah kenapa, mengapa semua kepada si Aidid ni. Dah memang Reyanna ni dah sah menjadi isteri dia tentulah dia nak bawak. Dia bukannya tak bertanggungjawab tinggalkan bini dia di sini. Dia tahulah kerja dia, abang ni. Dahlah, kepala saya tiba-tiba pening. Saya naik dululah. Ha, Reyanna kemaskan meja ni ye. Belajar sikit macam mana nak kemas rumah. Jangan nak makan tidur aje kerjanya. Dah nama isteri kena pandailah jaga makan pakai laki kau nanti!” leter Latifah panjang berjela. Geram dia jadinya, anak sendiri pun tidak diberi perhatian sebegitu rupa eh anak orang lain pulak disibuknya.  Si Reyanna ni pulak, Fuhh!! Berdesing telinganya duk mendengar bebelan orang tua itu. Dah lama bebeno dia tidak mendengar bebelan ibu saudaranya itu. Mungkin sebab terlalu marahkannya barangkali. Yelah, siapa yang tak marah, selama ni ibu saudaranyalah yang sibuk merencanakan segala majlis pertunangan mahupun akad semalam. Habis, dicanang seluruh orang kampung tentang perkahwinan anaknya dengan orang kaya. Tup-tup dia yang menjadi pengantinnya. Dalam hatinya terselit juga rasa kasihan. Hurmm. Apa nak buat nasib badanlah. Sedap sungguh si Reyanna ni berkata-kata. ‘Dah tak ingat ke semua ni adalah rancangannya sendiri?’ Akal Reyanna sudah mengingatkan tuannya sendiri.

“Habislah aku!!” resah Reyanna dibuatnya. Kehulu-kehilir dia berjalan mengelilingi sungai di hujung kampungnya itu.

“Mampuslah aku! Lagi sejam ni kak Aisyah nak kahwin. Aduh.. Nak buat ke tak ni?” diangkat jari jemarinya lalu dikira dengan bermula nak buat namun di akhir jarinya terhenti dengan tak nak. Aduh. Dicubanya sekali lagi dengan bermula tak nak dan di akhirnya berakhir dengan keputusan nak! Arghh! Stress aku macam ni! Fuh! Relaks, Reyanna.. Relaks! Fikir apa perkara positif dan negatifnya. Kemudian, dilabuhkan punggungnya dia atas batu besar itu lalu bermulalah sesi yoganya. Memikirkan kesan baik dan buruknya itu. Namun...

“Arghh!!  Tak boleh! Macam mana sekali pun aku kena jugak cari pak sanggup! Mampuslah aku kalau macam ni.  Kalau aku mengandung, macam mana? Warghhhh!” tertekan sungguh dia nampaknya ‘Dah kau pandai sangat serah diri, siapa suruh?’ hatinya berdetik. ‘ Mana adalah, aku tak sedarlah. Sumpah! Ada orang letak pil tidur dalam minuman aku! Percayalah sang hatiku!’ akalnya menidakkan.

“Aku tak kira walau macam mana pun aku akan cari jugak pak sanggup!”  dan hatinya sungguh tertarik dan seakan telah menjumpai pak sanggupnya, iaitu Aidid bakal suami kak Aisyah! Kenapa? Sebab kak Aisyah orang yang baik, tentulah suami dia orang baik. Alah, aku kahwin jelah dulu. Lepas tu kalau tak mengandung aku suruhlah dia ceraikan aku. Confirm, dia akan ikut punya kehendak aku sebab dia nak kahwin dengan kak Aisyah! Tapi.. Kalau kak Aisyah kecewa dengan apa yang bakal aku buat nanti, macam mana?’ akalnya pula buntu untuk memikirkannya. Tiada jawapan.

“Ah, lantaklah asal aku dah jumpa pak sanggup aku! Yess!!” laung Reyanna lalu ditekup mulutnya pantas pabila menyedari akan ketelanjuran kata-katanya itu. Kuantnya!  Nasib baik sungai ni tak ada orang lalu lalang. Selamat aku. ‘But, wait? Macam mana pulak aku nak jadikan Aidid tu pak sanggup aku?’

Arghh.. Masa-masa kronik ni. Akalnya mula bertindak jahat. Lama-kelamaan senyuman tersungging jua di bibir mungilnya. Well! Dah siap! Dibelek pula jam tangannya mahu melihat sudah jam berapa.

“What??” jeritnya akibat terkejut punya pasal. Dah pukul 11.30? Wah, aku dah lewat. Majlis mula pukul 11.45, baik aku cepat. Tunggu!! Pengantin perempuan belum sampai lagi. Reyanna, Reyanna. Pabila akal jahat datang menguasai diri pasti seluruh akal akan dikawalnya. MasyaAllah manusia pabila engkau dalam dilingkungi akal-akal yang jahat maka segeralah kamu beristighfar membuang jauh-jauh fikiran itu kerna lama-kelamaan akal itu pasti akan menjerat kamu di kemudian hari. Reyanna pulak semakin kencang lariannya dengan hatinya yang teramat yakin bahawa plannya bakal berhasil!

Bab 4

“Woiii!!” jerit Aidid rapat di telinga Reyanna. Terkejut dia jadinya. ‘Hih, geramnya aku!’ gumamnya perlahan. Dipandang lelaki atas, bawah. Harap aje muka, tapi muka dan perangai tak sama langsung.

“Awak nak apa?” soal Reyanna dengan suara yang dikawal sehabis mungkin. Geram yang pastinya.

“Kemas semua ni! Sampai semua orang dah habis makan, kau masih termenung lagi? Hih, perempuan apalah macam ni! Kau dah lah makan tak ingat orang, kalau berangan pun tak ingat orang jugak ke? Susah aku macam ni!” bebel Aidid pula

“Kenapa awak cakap macam tu?” soal Reyanna bingung.

“Yelah, sebab aku ada bini macam ni! Langsung tak bawak manafaat. Rugi betul aku ni. Daripada dapat yang elok-elok, dapat pulak betina macam ni!” ‘Amboiii, mulut jantan ni. Sedapnya panggil aku betina! Aku bukan betinalah!’ bentak Reyanna.

“Habis tu, kau apa? Perempuan melayu terakhir? Memang tak lah! Mungkin, 20 tahun lagi kot. Tu pun belum tentu lah!” Eeee! Mulut dia ni. Aku cili kang! Ha, kan dah keluar slang Terengganu aku! Reyanna, kalau kau nak berhadapan dengan dia ni, kau memang perlukan kesabaran yang tinggi, ok! Now, relax!

“Yelah, whatever. Tapi, walaumacam mana pun kan awak kena memahami lah konsep redha eh. Sebab sekarang ni saya isteri awak dan bukan kak Aisyah. Faham-faham lah eh. Buat sedar-sedar diri lah. Saya pasti mesti awak terfikir kan kenapa Tuhan jadikan awak untuk saya kan? Mungkin Tuhan nak tunjuk kat awak yang awak memang tak layak untuk Kak Aisyah!”  amik kau! Rasakan mulut pedas aku ni! Asyik aku aje telan semua kata-kata kau. Sekarang kau rasa pulak. Tengoklah muka dia tu, merah semacam je. Marah lah tu. Tercabar kot. Yelah kan selama ni mesti kak Aisyah tak pernah lawan cakap dia, sebab tu dia dah terbiasa dengan sikap suka menang selalu tu.. Matanya menyoroti akan tangan suaminya yang erat digumpalnya. Mak aihh, marah bebeno laki aku nih. Huh, ada aku kisah?

“Dahlah, layan perempuan biadap macam kau ni, buang masa aku aje! Nanti naik atas kemas baju kau! Nanti jam 12.30 kita bertolak, SHARP! I don’t like waiting! One reminder for you!” kata-kata Aidid itu hanya dibuat selamba oleh Reyanna bahkan diajuknya pula. Panas hati Aidid dibuatnya.

‘Kurang ajar betul perempuan ni! Siap kau!’ gumamnya perlahan namun sudah cukup kuat didengari oleh Reyanna. Kemudian, dibawa langkahnya laju ke bilik. Sakit hati jadinya jika dia berlama-lamaan di situ. Reyanna pula tidak berjauh hati mahupun marah. Huh, kalau semua kata-kata itu dia yang cakap memang tak lah untuk aku rasa hati. Apa kelas? Lalu, semua pinggan dan gelas diangkutnya ke singki lalu dibasuh. Meskipun, kekok tapi tetap jua dilakukannya. Sekali-sekala terdengar akan keluhannya. Hih, lecehlah basuh segala ni! Nanti, aku suruh Aidid cari oaring gajilah. Senang. Semua kerja rumah dia yang lakukan. Tapi... Nak ke dia tu? Dia kan tak suka aku? Aiseyy, memang sah-sahlah semua kerja rumah aku yang kena tanggung! Habislah aku, kalau macam ni!

Pintu biliknya dihempas kasar. Sakit hatinya. Perempuan tu memang menguji tahap kesabarannya. Hih, Nampak aje kecik tapi mulut mengalahkan naga. Berapi. Memang jauhlah beza dia dengan Humaira! Bagai langit dengan bumi! Pabila bibirnya menyebut nama si pujaan hatinya terus terdiam Aidid dibuatnya. Rasa sakit hati semakin mengcengkam dirinya kala ini. Perempuan tu memang cari nahas! Aku tahu mesti ada sesuatu yang dia sorok sampai dia bertekad lakukan kerja gila tu. Perempuan tu takkan faham apa itu sakit hati akibat daripada penangan cinta! Sakit! Tak apa wahai Reyanna, aku akan buat kau menderita akibat penangan cinta! Tunggu lah kau. Lambat-lambat senyuman sinis terpamer di bibirnya. Kau akan terima akibatnya Reyanna. Masa tu, kau akan tahu betapa seksanya aku akibat perbuatan kau.

‘Tapi macam mana?’ soal hatinya.

Alah mudah aje, aku akan dia buat jatuh cinta pada seseorang. Well, yang pasti lelaki itu bukan aku! Aku tak akan cemarkan diri aku untuk bercinta dengan perempuan macam tu. Memalukan aje.  Tujuannya? Suapaya  dia menikmati apa itu nikmatnya cinta. Then, aku akan pastikan dia akan merana di akhir episod cintanya itu! Macam mana caranya! Let’s the game start first then let it flows nicely. Apa yang penting dia jatuh cinta dulu.

Reyanna oh Reyanna. Nama aje cantik tapi tak sama dengan perangainya. Sayang! Tapi aku tak kisah! Sebab? Entahlah.. Ah, malaslah aku nak fikirkan pasal perempuan ni! Baik aku tidur, Lagi bagus, dahlah nak drive ke kl lagi. Lalu, dipejam matanya dan tanpa sedar terlelap jua dirinya.

Fuhh! Lega. Letihlah, macam ni. Baru kemas meja makan, rasa macam membendang sawah seharian suntuk. Aduh, macam mana nak tanggung untuk hari-hari seterusnya. Lengan bajunya yang disingsing tinggi itu, diturunkan. Pintu biliknya diselak dengan harapan dapat berbaring seketika di atas katilnya itu.

 ‘Warghh!’ Membuntang matanya saat melihat suaminya sedang enak diulit mimpi. Amboi, sedapnya dia tidur, takpe kalau kau ingat aku takut nak berkongsi katil dengan kau? Silap besarlah kau! Ini Reyannalah! Terus kakinya didaki menaiki katil dan terus menolak sedikit badan suaminya itu lalu dibaringkan badannya. Ah, bestnya! It’s time to sleep!

“Ayah, Reyanna balik dulu. Ayah jaga diri. Ayah, Reyanna nak mintak maaf dekat ayah kalau selama Reyanna ada tersilap kata, bicara semuanya. Ayah, halalkan makan minum Reyanna ye dan terima kasih ayah sebab ayah dah susah payah jaga Reyanna selama ini menggantikan ayah dan ibu Reyanna. Terima kasih, ayah.” Entah mengapa, hati Reyanna sungguh sedih kali ini. Terasa sayang pula mahu meninggalkan ayah angkatnya ini. Sudah banyak jasa yyang ditaburkan oleh mereka terhadapnya.Ramli pula tiada kata-kata yang mampu dia ungkapkan. Sedih pastinya, lalu tubuh kecil itu dipeluknya. Demi Allah, dia sayangkan Reyanna macam anaknya sendiri. Walaupun Reyanna ini sedikit liar, namun dia sangat percayakan anaknya itu. Entahlah kenapa, namun hati tuanya berkata Reyanna merupakan anak yang baik-baik.

“Oh, ayah sampaikan salam kepada mak ye. Sampaikan kata-kata maaf sekali ye ayah. Reyanna dah pergi jenguk mak tapi mak tidur lagi. Tak naklah kacau mak, diakan pening.” Ramli hanya mengangguk. Tiada suara yang mampu dikeluarkannya. Takut nanti air matanya pula yang menitis.

“Ayah, Aidid pergi dulu, ya. Ayah jaga diri. Terima kasih ayah.” Pamit Aidid sopan. Pinggang Reyanna dipautnya mesra.

“Sayang, jom?”

“Ayah, Reyanna pergi dulu. Assalamualaikum.” Salam Reyanna disambutnya kemas. Kemudian, kereta Aidid BMW M3 membelah jalan raya dengan lajunya meninggalkan perkarangan halaman kampung kekasih hatinya. ‘Sabarlah wahai Humaira, lambat atau cepat saya akan pastikan yang awak akan ikut saya jua sebagai isteri saya yang sah’ azam Aidid.

Dikalih matanya terhadap Reyanna pula, terkejut dia jadinya. Perempuan ni... Menangis? Matanya menangkap akan perbuatan Reyanna yang sesekali mengelap air matanya. Mengapa dia menangis?

‘Soalan bodoh apa kau tanya ni Aidid? Mestilah dia sedih sebab terpaksa tinggalkan keluarga dia. Tak faham lagi ke? Nak kata bengap, tapi kau ni seorang CEO!’ akalnya pantas bersuara. Tapi, hatinya tak sampai hati pula tengok dia macam tu. Eh, apa aku cakap ni! Mengarut. Baik aku fokuskan pada pemanduan aku ni. Lagi bagus, kang tak pasal-pasal aku pula yang mati. Hih, tak sanggup aku mati dengan perempuan ni. Tak berbaloi! Tahap kelajuan keretanya ditingkatkan lagi.

“Ermm... Awak...”

“Hurm.. Apa dia?” balas Aidid. Hendak tak hendak saja.

“Kalau saya nak mintak izin awak untuk balik setiap kali hujung minggu, boleh?” soal Reyanna sopan cuba berlembut dengannya berharap agar mendapat respon positif daripada suaminya itu.

“Kau nak balik setiap hujung minggu?”
Reyanna mengangguk

“Kuala Terengganu?”

Reyanna mengangguk lagi.

“Tak boleh!” tegas Aidid berkata.

“Alah, awak. Kenapa?” soal Reyanna sedikit bengang dia jadinya.

“Eh, boleh bankrup aku jadinya, tau. Apa kau ingat Terengganu ke KL ni dekat ke?”

“Tak apalah, kalau awak tak boleh nak ikut. Saya boleh naik bas sendiri.” Terdiam pula Aidid.

“Tengoklah, macam mana nanti.” Akhirnya hanya itu sahaja yang mampu dia katakan. Senyuman di bibir Reyanna pula semakin melebar. Thank you, Suamiku!!! ‘Dah mengaku suami ke?’ soal hatinya.

Tak adalah, saja aje. Acah! Heeeee..

Kopiah  di kepala Ramli ditanggalkan lalu diletakkan di atas meja di sisi katilnya. Dia mengambil tempat di sisi isterinya, Latifah. Latifah pula pura-pura tidur ayam. Malas mahu bercakap kerana dia dah masak sangat dengan perangai suaminya itu. Pasti dia akan bercakap pasal Reyanna! Pantang ada masa sedikit, pasti budak itu yang akan dibicarakan. Hal Humaira tak pulak dia peduli! Geram..

“Dah, Latifah. Sudah-sudahlah kamu berlakon lagi. Dah balik dah budak tu.” Panas hati Latifah tiba-tiba. Sakit hatinya pabila suami sendiri tidak mempercayai dirinya tika itu. Pantas, dia bangun menghadap si suami pastinya.

“Apa awak cakap? Saya berlakon? Sampai hati abang, cakap saya macam tu. Saya betul-betul peninglah. Tengok apa yang melekat kat tepi dahi saya ni? Tak cukup lagi bukti yang saya ni pening?”

“Dah kalau ya pun awak ni pening, tak akan awak langsung tak jenguk budak tu. Awak kan tahu dia nak balik hari ni. Kenapa tak jumpa dia dulu?”

“Ah, malaslah saya. Nak buat apa? Dah dia tak nak jumpa saya tak akan saya pulak nak terhergeh-hegeh dekat dia?” menggeleng Ramli dibuatnya.

“Jangan bercakap macam tu Latifah oii. Dia ada datang jenguk kamu tadi, tapi kamu tidur. Entah ya atau tidak saya tak tahu.” Balas Ramli.
Latifah mencebik.

“Alah, biarlah. Tak rugi pun saya. Bukannya saya terlepas salam dengan Perdana Menteri pun.”

“MasyaAllah, kamu ni Latifah. Apa kena dengan budak tu sampai kamu jadi macam ni? Dulu-dulu tak ada pulak awak buat macam tu pada budak tu. Apa salah dia?”

“Apa salah dia? Senangnya abang cakapkan? Abang.. Abang, sedar tak yang dia dah rampas kebahagiaan anak kita? Anak kita, abang! Bukan anak orang lain. Tapi saya tengok abang ni tenang aje. Sukalah abang tengok anak kita ni terseksa?”

“Astaghfirullah, Latifah. Apa kamu cakap ni. Cuba tenangkan diri dulu!”

“Hati saya ni memang tak boleh tenang! Nak buat macam mana.”

“Janganlah kamu cakap macam tak ada iman saja. Aisyah tu anak saya. Dah tentulah saya kisah. Tapi, dalam perkara ni saya tak boleh nak buat apa-apa.”

“Kenapa pulak? Sebab pengganti Aisyah tu, Reyanna? Jadi sebab tu awak biar aje?” tempelak Latifah pula.

“Apa awak cakap ni? Saya tak boleh buat apa-apalah sebab jodoh dan takdir tu di tangan Tuhan Latifah.”

Latifah mencebik. Huh, alasan! Lalu diayunkan langkahnya meninggalkan si suaminya.

“Tunggu, Latifah.”

“Hih, abang ni apa dia? Tak habis lagi ke?”

“Reyanna kirim salam. Dia mintak ampun dengan awak andai dia tersalah apa-apa. Dan dia mintak halalkan segala makan minum dia.”

“Huh, nak saya maafkan? Datanglah dulu jumpa saya.”

“Dah memang dia dating jumpa awak kan? Saya dah cakap kan yang awak tertidur.” Latifah terdiam.


“Tengoklah hati saya macam mana. Kalau baik, saya maafkan ajelah. Kalau tak, tak tahulah saya.” Kakinya diayunkan segera meninggalkan biliknya itu. Ramli hanya menggeleng melihat tingkah laku isterinya itu. Dalam hatinya, dia berdoa agar Tuhan membuka pintu hati isterinya agar tidak menyimpan dendam terhadap anak saudaran sendiri.

Bab 5
Reyanna memandang sekeliling rumahnya yang baru itu. Opss, mana mungkin ini rumahnya tetapi rumah lelaki itu! Matanya meliar memandang pemandangan indah rumah itu. Memang semua rumah orang kaya macam ni ke? Cantiknya! Suka! Kalau macam ni kan, jadi mem besarlah aku kat rumah ni. Amboi, Reyanna belum apa-apa lagi dah berangan bagai ya? Haruslah! Kan aku dah jadi isteri kepada Muhammad Aidid Rayyan Bin Tan Sri Tarmizi ni, so mestilah kena berlagak jadi macam dia. ‘Kau dah angap Aidid tu sebagai suami kau ke?’ akalnya menyoal. Taklah, gurau aje! Mana bisa aku jatuh cinta sama si dia.
“Woii!!” jeritan Aidid mengejutkan Reyanna. Fuh, nasib baik aku tak ada penyakit latah, kalau tak.... Huh, terkejut beruklah dia ni. Dihampirinya Aidid.
“Nak apa?” Reyanna menyoal malas.
“Nak apa?”
Aidid pula mengejek Reyanna.
“Ni. Ambik beg kau ni. Jangan duk berangan sangat nak jadi mem besar kat sini.” Reyanna sedikit terkejut. Dia dengar ke apa aku cakap? Aku rasa aku cakap dalam hati aje tadi.
“Alah,awak tolonglah angkat sekali.” Rayu Reyanna. Dah macam mana tak merayunya aku, beg besar macam gajah ni. Mana larat dengan kudrat aku. Lainlah Aidid, tangan sasa.. Heee.. Jangan gatal, Reyanna. Aidid yang semakin menghampiri pintu rumahnya itu memusingkan badannya menghadap Reyanna.
“Kau ada tangan?”
Reyanna mengangguk
“Ada kaki?”
Kepalanya dianggukkan lagi.
“Tak cacat kan?”
Reyanna menagangguk lagi.
“So, angkat sendiri. Jangan nak manja sangatlah. Meluat aku.” Reyanna mencebik. Sakit hatinya. Aku bukan nak manja sangat dengan kau pun!  Huh, nasib baik beg aku ada roda. So, kuranglah sedikit tenaga untuk aku guna ni. Dihampirinya bonet kereta lelaki itu. Wah, banyaknya barang-barang dalam ni.  Beg aku ada satu aje tapi saiz gajah lah, yang lain-lain ni barang dia eh? Mesti barang-barang alatan kereta dia kan? Aku teka aje. Manalah aku tahu. Tiba-tiba akalnya memikirkan sesuatu yang jahat. Heee.,. Siaplah kau, Muhammad Aidid Rayyan Bin Tan Sri Tarmizi. Ini adalah Nur Soffeya Reyana Binti Mukhriz la.

Eh apsal budak ni lambat sangat? Tak kanlah angkat beg pun dari bonet kereta aku tu ambik masa berjam-jam? Dia buat apa tu? Aku ni pun dah siap kemas barang-barang aku. Ah, malaslah nak ambik tahu. Pandai-pandailah dia hidup. Selepas setengah jam kemudian, gelisah Aidid kian teserlah di wajahnya. Mana pulak budak ni? ‘Kenapa, Aidid? Risau ke?’ akalnya menyoal.
Mana ada. Aku cuma concerned aje. Yelah, anak orang tu. Lagipun, dendam aku tu tak terbalas lagi. Lepas tamat dendam aku tu, dia nak menghilang bagai dia punya pasallah. Dibawa langkah kakinya ke arah pintu utama. Dicari kelibat Reyanna.
Oh My God!! Reyanna! What she is doing?
“Woii! Reyanna! Kau buat apa tu, hah?” membuntang mata Aidid tatkala melihat habis barang-barang dalam bonetnya dikeluarkan dari keretanya. Tak cukup dengan itu, segala isinya dimuntahkan pula dari kotaknya. Lalu, dihampiri gadis genit itu. Matanya memandang gadis itu dari atas sampai ke bawah. Eeee, budak ni nampak kecik aje. Nak kena betul. Reyanna pula dengan selambanya berjalan sambil mengheret beg bagasi raksasanya itu dengan penuh gaya lagaknya menghampiri sang suami.
“Errrmmm, ada kaki kan? Ada tangan kan? Rasanya tak cacat kan? So, kemaslah sendiri!” dengan sepantas kilat dia berlari meninggalkan Aidid di halaman banglo rumah mereka. Puas hatinya. Ya, puas dan tersangat puas!
“Reyanna!!!!!!!” tempik Aidid. Reyanna pula ketawanya sudak terbahak-bahak. Lega hatinya kerana dapat mengenakan si mamat berlagak tu. Konklusinya, jangan main-main dengan Reyanna. No.. No.. No.. Gedik jugak aku ni kan? Hurmm.
Aidid masuk ke dalam rumahnya dengan wajah yang bengang. Hatinya masih lagi panas. Persitiwa tadi masih terpahat utuh dalam mindanya. Kemudian, matanya meliar mencari di mana kelibat perempuan durjana itu! Kalau aku jumpa... Siap kau!!
Ohh, puteri ni tidur ya. Sedapnya dia duk beradu atas sofa, ya. Siap kau!
Splasshhh!!!
Terkejut Reyanna dibuatnya.
“Ah!! Lemas! Lemas!” Terbahak-bahak Aidid ketawa. Geli hatinya melihat reaksi Reyanna. Lemas? Terus tersembur lagi tawanya.
“Eeeee!! Awak.. Apa awak buat ni? Habis basah baju saya ni tau! Eeee. Geramnya..”
“Dah, kau liat sangat nak bangun.”
“Kenapa tak kejutkan aje? Tak payahlah simbah bagai air dekat saya.” Aidid menjongketkan bahunya. Malas nak ambil tahu. Hati Reyanna semakin membengkak jadinya. Kurang ajar betul mamat ni. Diambil begnya itu mahu bergegas tinggalkan mamat ni. Serabutkan kepala aje!
“Eh, nak ke mana tu?”
“Nak naik ke biliklah. Daripada duduk dengan mamat tu, baik saya pergi aje. Buat menyemak aje tengok muka dia.” What? Dia cakap muka aku ni menyemakkan? Kurang asam punya perempuan!
“Kita duduk sekali dalam bilik. Kau naik tingkat atas. Bilik kedua dari hujung itu bilik aku. Letak barang kau baik-baik. Dalam bilik tu, dah ada satu almari kosong.” Panjang lebar penerangan Aidid itu, hanya dibalas selamba aje Reyanna.
Tak terkejut ke dia? Selamba badak aje.. Kalau tahu macam ni, baik tak payah. Ingat dia merayu ke apa, mintak bilik lain. Ini tak. Akulah pulak jawabnya yang merana duduk dengan dia. Duduk serumah pun dah tak tahan apatah lagi duduk sebilik. Menyesal aku!
“What?” terkejut Aidid dibuatnya. Mana tidaknya, matanya tidak lepas daripada Reyanna. ‘Bukan terpegun sebab cantiklah!’ sangkal pantas Aidid kepada hatinya.
Dia duduk bilik lain! Kurang ajar betul, budak ini.
“Reyenna!!” dihempasnya pintu bilik itu dengan sekuat hati. Sakit hatinya pabila sedang dia sedang memasuki biliknya, almari yang satu itu masih kosong! Dan dia senang-senang masuk bilik lain?
“Arghhhh!!!” Reyanna tempik sekuat-kuatnya. Terkejut bukan main. Yalah, main rempuh aje bilik dia. Dia baru sudah mandi ni! Masih berkemban, dengan tualanya yang masih membaluti tunuhnya! Aidid pula sudah tergamam namun cepat-cepat disedarkan dirinya lalu pintu bilik itu ditutupnya kembali.
“Sudah lagi?” soalnya cuba beriak tenang.
“Errrr.. Jap.. Saya pakai baju dulu.” Hishh. Apa dia nak ni? Main rempuh-rempuh aje bilik aku.
“Reyanna, 10 seconds left.” Eh, apa ni.. Ingat ni program Anda Ada 60 saat ke? Tapi aku punya 10 saat aje? Ahh, stress!! Pantas, dia menyarungkan baju T-shirt berkolar lebar lengan pendek berwarna merah hati itu dikenakan pula dengan seluar tracknya putihnya. Ha, baju ini ajelah yang nampak sopan yang dia ada.
“3..2.. 1... Okey!” dibukanya kembali pintu itu. Reyanna pula mempamerkan wajah cemberutnya. Geram..
“Apa pandang-pandang??” soal Reyanna tidak puas hati. Apa main-main tenung aku macam tu nya. Geli aku.. Mesti dia tergamam tu, tengok bahu aku yang terdedah ni. Dalam hati Reyanna tergelak sakan. Huh, itu baru bahu aku.. Tengoklah dia tu, aku tak goda lagi, baru tunjuk bahu aje, dah cair dah tu.
“Errr...” Aidid berdehem pantas untuk menghilangkan debaran di hati sendiri.
“Kenapa kau tak pindah bilik aku?” soalnya kembali tegas.
“Entah.. Tak jumpa..” selamba Reyanna membalas. Bukan dia tak jumpa tapi malas. Apa kes duduk sebilik bagai. Duduk sebumbung pun rasa seksa apatah duduk sebilik.
“Tak jumpa? Eh, kau buta ke apa ni.. Aku dah cakap kan bilik aku dua dari hujung. Tu pun tak jelas lagi ke? Bengap sangat ke kau ni sampai aku cakap macam tu pun kau tak faham.” Pedas tapi Reyanna hanya tersenyum.
“Whatever!” dipanaskan lagi hati Aidid yang sudah terbakar itu.
“Ah, aku tak kira.. By hook or by crook kau mesti pindah.”
“Tak nak!”
“Reyanna, jangan lawan cakap aku! Kau tu isteri. Isteri mesti dengar cakap suami! Lainlah kau tak takut hukum agama kan. Well, it’s up to you.” Ah, ni lemah ni. Kalau tak main bab hukum-hakam ni tak boleh ke. ‘Kau tahu ke Reyanna hukum agama ni?’ sindir akalnya. Hello, aku ni belum jahil tahap gaban ok bab-bab agama ni.
“Tunggu! Aidid eh awak.. Habis, saya dah kemaskan semua baju saya ni. Takkan nak kemas balik. Please. Baju saya banyak. Letihlah nak kemas balik.”
“I don’t know. Atuk aku nak datang malam ni. Better you get prepared. Siapkan semua barang-barang kau.” Waaa.. Ni nak nangis ni.. Tak apa, Reyanna.. Kau stay cool aje. Bukannya atuk tu check bagai bilik kitaorang. Relax le Reyanna. Okey, just enjoy. But, aku kena cari baju dulu. Ermm.. Baju apa yang sopan sikit eh? Hurmm.
Vroommm
Bunyi deruman kereta milik Aidid menarik perhatian Reyanna. Bergegas dia menuju ke balkoni biliknya. Eh, nak ke mana pulak mamat tu.  Hurmm. Nak beli lauklah tu. Yelah, dia kan dah sedia maklum yang aku ni tak pandai masak. Bagus jugak suami aku. Suami mithalilah katakan. Apa dia orang cakap? Menjaga keaiban isteri? Hatinya tersenyum riang. Pandailah kau Reyanna menjaga keaiban isteri konon. Aduhai.. Reyana.. Reyanna.
Entah apa mimpi Reyanna ni sehingga dia terpanggil ke dapur. Tak pernah seumur hidupnya dia ke dapur. What a surprise. Katanya, cara nak pikat hati si suami adalah melalui perutnya. Tak gitu? Wah, Reyanna.. Reyanna.. Dah pandai dah berpunjangga sekarang. Mestilah, tengok kakilah. Eh, tapi tadi cakap Aidid keluar pergi beli lauk?
Memanglah aku kata dia keluar pergi beli lauk. Habis tu, kau nak masak lagi ke? Akalnya menyoal.
Of courselah!
‘Kau nak masak apa?’
Nasi!
Huh, kalau setakat nak masak nasi, baik tak payah.
Hello! Masak nasi ni susah ok! Ingat senang ke? Susahlah. Bukan calang-calang orang yang boleh memasak nasi tau! Aku akan pastikan nasi aku ni sedap. Aku jamin! 100 percent! Masa tu lah nanti, baru tersembul biji mata si Aidid tu. Terkejut punya pasal sebab sedap nasi aku ni.  Confirm, atuk dia yang tak kenal aku pun boleh sayang aku terus. Wah, hebatnya. Bagus, good plan Reyanna.
Aduhai Reyanna.. Bab berangan memang kau number satulah. Dalam hatinya tidak sabar-sabar lagi mahu menunggu detik malam ini. Akan aku tunjukkan pada satu dunia, inilah Nur Reyanna Sofeya yang sebenarnya! Hatinya tergelak jahat.