b4 that, tq so much untuk sesiapa yg sudi baca novel ini. Oh, and 4 those who read this, i need the comments ya!
Bab 6
Pintu
rumah dibuka. Reyanna dengan lajunya menapak ke arah suaminya. Sudah tahu si
suami yang dah balik. Dengar deruman kereta sahaja dia dah tahu. Ah, dah arif
sangat dah. ‘Amboi, Reyanna.. Hebatnya!’ Reyanna sudah angkat bakul sendiri.
Senyumannya pula dipamerkan dengan semanis yang mungkin.
Musykil Aidid
jadinya. Apa kena dengan dia ni? Baru aku keluar aje tadi, takkan dah mereng
macam ni? Aku suruh kemas barang-barang dia aje tadi, kenapa jadi macam ni?
“Kau ni kenapa?
Senyum-senyum kambing kat aku?”
“What? Senyum
kambing awak cakap? Eh, ni senyuman ni adalah senyuman yang telah mengalahkan
ratu dunia tau!” laju jari Reyanna tujukan ke arah bibirnya itu.
“Kalau kau
senyum kat kucing luar sana, kucing boleh mampus kau tahu tak. Takut! Hih,
meremang bulu roma aku.”
Takut? Pelik
Reyanna jadinya. Bergegas dia menghampiri cermin di dapur lalu dia mempamerkan
senyuman seperti tadi.
Tak takut pun.
Apa kena dengan senyuman aku? Nak kata bibir aku comot.. Tak.. Habis? Tanpa
disedari Reyanna, segala perbuatannya itu diperhati oleh Aidid rupanya. Gila!
Percaya punya pasal? Memang gilalah kau ni! Tapii...
Malang bagi
Aidid apabila senyuman yang terhasil di bibirnya dapat ditangkap oleh Reyanna.
“Ah, awak intai
saya eh? Kenapa nak tengok saya senyum lagi eh? Meh sini..” Dihampiri lelaki
itu yang sedang duduk di sofa.
“Eh, apa ni?”
“Tengoklah, saya
sedang senyum ni.” Sedikit demi sedikit tubuh Reyanna mendekati Aidid sehingga
hidung mereka sudah bersentuhan. Namun, semua itu diakaukan Reyanna tanpa
disedarinya diri sendiri. Yang jelas, seronok! Mengenakan mamat ni! Adillah tu,
dia kenakan aku.. Aku kenakan dia balik! Rupa-rupanya...
“Ehemmm..”
Alamak! Tan Sri
Deraman merangkap atuk baru aku! Dia tengok ke apa aku buat tadi? Tiba-tiba
seluruh wajah Reyanna bertukar menjadi merah. Malunya!
“Atuk.” Sepatah
sahaja kata-kata Aidid. Dia pun terkejut sebenarnya. Mak aihh.. Atuknya serius
sekali wajahnya!
‘Ha, inilah pengaruh
sinetron terhadap aku’ - Reyanna.
Apabila melihat
Aidid yang sedang menghampiri atuknya itu, Reyanna turut mengikut sama. Aidid
bersalam dengan atuknya pun diikutnya jua. Kemudian, mati terus akalnya. Apa
yang aku nak cakap ni? Gelisah Reyanna bukan main lagi.
Hih.. Perempuan
ni. Dengan aku, bukan main berani kau ya. Depan keluarga aku, kecut kau
jadinya. Lantas, Aidid memberi isyarat kepada Reyanna agar menyuruh atuknya
duduk.
“Ermm.. Atuk..
Duduklah.” Wajah atuk itu dipandang Reyanna. Takut juga tengok muka atuk Aidid
ni. Seram aku.
Kemudian, Tan
Sri Deraman menapak perlahan ke arah sofa. Fuh! Lega. Nasib baiklah, dia ikut
cakap aku. Kalau tak mati kutu aku!
“Aidid, atuk nak
air. Dahaga pulak rasanya.”
“Baiklah, tuk..”
Aidid segera ke dapur namun sempat ditahan oleh atuknya itu.
“Eh.. Buat apa
kamu nak pergi dapur? Kamu kan dah ada isteri. Suruhlah isteri kamu.”
Mata atuk
kemudian memandang Reyanna. Tak apa atuk. Saya faham! Segera Reyanna pula yang
menuju ke dapur. Telinganya pula sempat mendengar celoteh anak beranak itu
sebelum menghadap dapurnya itu.
“Ermm. Reyanna.”
Laung atuknya.
“Ya, atuk”
“Atuk nak air
yang panas-panas. Air kopi ya! Kaw-kaw ya.” Pinta Tan Sri Deraman.
“Baiklah, atuk.”
Sekembalinya
Reyanna ke dapur. Bersorak dirinya. Yess! Alhamdulillah. Nasib baik aku bijak! Segera
dihampiri kabinet dapurnya itu. Hee. Sebenarnya, aku dah beli air kopi ni di
kedai seberang sana. Untung, atuk suka air kopi. Kalau tak mampuslah aku nanti.
Yelah, biasanya orang tua-tuakan suka air kopi. That’s why I buy it.
‘Wow! Bijaknya
kau Reyanna!’ puji akalnya.
‘Kenapa tak buat
sendiri?’ hatinya pula menyoal. Gila kau, aku nak buat sendiri. Aku mana pandai
buat-buat air ni.. Yang aku tahu buat air kosong aje. Hee. Loyar buruk betul.
Tapi dah sejuklah. Akalnya ligat memikirkan cara untuk memanaskan kopi itu.
Ah, apa susah.
Microwave kan ada. Masukkan ajelah. Tak lama kemudian..
Ting!!
‘Argghhh..
Kuatnya. Mintak-mintaklah si atuk dan mamat tu tak dengar. Nanti dia cakap aku
buat kuih pulak. Tak kuasa aku nak melayannya. Nak buat kuih bagai. Memang
lagilah aku fail! Diambilnya kopi itu dengan hati-hati lalu diletakkan di atas
dulang. Habis suami aku nak minum apa?
Ah, fresh
orange! Dia ada ke? Adanya. Orang kaya. Minuman feveret golongan dia tu! Dibuka
peti ais. Yes! Yahoo! Ada. Dituangkan air itu di dalam gelas. Oh, makanan? Apa
ya? Matanya terpandang biskut di kabinet dapurnya. Biskut pun biskutlah. Takpe,
biskt sebagai syarat aje untuk nampak lebih mantap lagi bila aku nak serve
nanti. Barulah nak umppphhh sikit. Orang baru kahwin. Kena adalah serinya. Apa
aku duk mengarut ni? Dahlah. Pergi hantar cepat. Cepat hantar.. Cepat rehat!
Boleh aku blah!
Okey
ke ni? Pusing kiri.. Pusing kanan. Dalam rumah aje kut. Takkan nak bergaya
sakan macam ni? Dilihat dirinya di cermin. Dipandang atas hingga ke bawah.
Jeans skinny berwarna biru dengan baju lengan panjang warna pink itu dilihatnya
sekali lagi. Atas nampak ok.. Bawah ni. Ketat yang amat. Tapi baju ini aje yang
paling sopan yang aku ada! Oh god! What should I do? Ni namanya bukan aku nak
nampakkan yang aku ni seorang isteri solehah depan atuk tapi nampak macam nak
menggoda atuk ni. Aduh. Dahlah aku dah dimalukan tadi masa.. Solat!
Jangan suka!
That is the fact. Dah lama sebenarnya... Aku tak solat. Tadi, habis aku diketawakan
oleh si mamat tu. Mana taknya, aku.. Aku tertidur dalam solat.
Jangan salahkan
aku, okey. Salahkan atuk dialah.. Dah atuk dia yang baca panjang sangat. Dengan
suaranya.. Ya Allah.. Tuhan aje tahu. Mendayu gila! Macam dengar orang bersyair
pun ada! Malu beb!
Tak cukup dengan
tu, aku dahlah tersilap step tadi. Sepatutnya orang rukuk dulu baru sujud. Aku?
Sujud terus. Yelah, mata aku ni. Khusyuk sangat tengok si Aidid ni. Aku Cuma
ikut aje step dia. Dia tu. Nampak macam nak sujud aje. Aku pun apa lagi. Nak
tunjuk pandai kan, tanpa tengok dia aku sujud terus. Lepas tu, aku rasa lama
aje ni sujud. Kenapa? Nak bangun kan, aku dah tak ingat stepnya. Aku pun tunggu
lah. Tunggu punya tunggu dah bagi salam dah rupanya. Aku apa lagi. Pura-pura
lah duduk balik pastu bagi salam. Ingatkan Aidid tak perasan dengan atuk dia.
Tapi.. Hampeh . Dia tahu jugak, rupanya. Tapi, untunglah sebab hanya Aidid yang
tahu. Kalau atuk dia? Geleng kepala ajelah aku nanti.
So.. The
conclusion is.. Aku tak mahu lagi dimalukan. Titik! Ditilik lagi oleh Reyanna
akan bajunya itu.
“Wehhh! Tak siap
lagi kau ni ya! Cepatlah, atuk dah tunggu lama tu. Cepat serve makanan, dah
lapar dah tu atuk. Kau masak!” tegas bicara Aidid terus berlalu meninggalkan
Reyanna termangu sendirian.
Aidid nampak macam
okey aje tengok aku. Maknya, tak teruklah pakaian aku ni. Ah, okeylah tu.
Rambutnya diikat kuda agar nampak tidak serabai. Selepas itu, dia menapak ke
dapur. Fuh, selamat lagi aku.. Atuk tak ada dalam ruang tamu. Ada dekat luarlah
tu. Ambil angin.
Sejurus itu,
matanya meliar mencari lauk yang dibeli Aidid itu. Mana lauk yang dibeli Aidid
ni? Tadi, cakap...
Wait!! Oh, No!!!
Oh My God!!“Wehhh! Tak siap lagi kau ni ya! Cepatlah, atuk dah tunggu lama tu.
Cepat serve makanan, dah lapar dah tu atuk. Kau masak!” diingatnya kembali
kata-kata Aidid. Kau masak? Aku masak? Tolong aku! Matilah.
Dummm!!
Dumm!!
“Bunyi apa tu
Aidid.. Kuat sangat tu?” Tan Sri Deraman menyoal cucunya itu.
“Oh.. Reyanna
lah tu. Memasak kut.”
“Memasak?
Memasak sampai ketuk kuali macam tu sekali? Brutal sungguh isteri kamu?” Aidid
hanya mampu tersenyum.
“Kejap, atuk.
Aidid pergi tengok.” Laju langkah kakinya menuju ke dapur.
Reyanna! Kau
buat apa lagi ni? Janganlah susahkan aku lagi!
“Eh!
Kau buat apa ni?” soal Aidid. Terkejut barangkali. Mana taknya, dah macam orang
gila perempuan ni. Tapi kelakar pulak tengok dia. Yelah, di tangannya kirinya
ada senduk, tangan kanan pulak ada kuali. Apa lagi, diketuknya senduk itu ke
kuali beberapa kali. Aisyhh.. Kena sabar banyaklah aku jawabnya dengan kerenah
budak ni.
“Ha. Datang pun.
Lama tau saya duk ketuk-ketuk kuali. Sampai letih tangan ni. Dah merah dah.”
Adu Reyanna sedikit manja.
“Ya ke? Mana dia
nak tengok.” Diambil tangan Reyanna itu lalu ditiliknya.
Lalu, tangan itu
dilepaskannya.
“Ada aku kisah?”
Reyanna menjelingnya geram.Main-main pulak mamat ni! Hih. Kau nampak tak senduk
kat tangan aku ni? Aku ketuk kepala kau kan sampai biul. Baru padan muka! Nak
aje aku cakap macam tu. Tapi, tak boleh sebab aku memerlukan pertolongan dia
sekarang ni. Heee. Nak minta toolong dengan orang, mestilah kita buat baik. Itu
prinsip Reyanna. Biarlah orang kata salah or anything sebab ini prinsip hidup
dia. Exactly!
Eh, mamat ni nak
ke mana? Aku belum cakap lagi apa aku nak. Haduii.. Lantas, Reyanna mengejar
Aidid kembali lalu tangan sasa lelaki itu dicapainya.
“Awak nak ke
mana ni? Saya tak habis cakap lagi!”
“La, kau nak
cakap ke tadi. Aku ingatkan kau saja-saja aje tadi. Yelah, manalah tahu kau nak
prepared untuk buat persembahan lepas ni kat atuk. Kau kan badut!”
“Badut. Erghhh.
Whatever. Awak. Awak mesti tolong saya!”
“What should I?”
Hih! Bengang aku.
“Awak kan suami
saya.”
“Siapa mengaku?”
Arghh! Cari pasal betul mamat ni!
“Okey. Whatever.
Tapi, tolong saya, awak.” Reyanna merayu. Aidid tersenyum kemenangan. Padan
muka kau!
“Kau nak aku
tolong apa?”
“Tolong belikan
lauk.”
“Kenapa tak
cukup bahan ke?”
Reyanna
menggeleng
“Habis tu?”
Aidid menyoal. Pura-pura bodoh dan tak tahu akan kelemahan Reyanna yang satu
itu.
“Saya... Saya
kan tak pandai masak.” Terus tersembur ketawa Aidid cuma dalam mode perlahan
aje. Kalau tak serumah boleh dengar suara garau aku ni!
“Habis, awak nak
saya keluar tengah-tengah malam macam ni? Saya nak cakap apa dengan atuk nanti
kalau dia tanya? Lagipun, awak nak ke layan atuk saya nanti bila saya pergi
beli lauk tu semua?” Reyanna menggigit bibrnya. Ah.. Pening aku! Betul jugak
apa Aidid cakap tadi. Nak ke aku layan atuk dia? Hih. Aku tak pandailah nak
ambik hati orang tua.
“Tadi, bukan ke
awak keluar tadi?” Aidid mengangguk cuma.
“Bukan awak
keluar untuk beli lauk?” Reyanna menyoal lagi.
Aidid terdiam.
“Awak tolonglah
saya.” Reyanna terduduk jadinya.
“Apa saya nak
buat ni?” Suara Reyanna sudah berubah menjadi serak basah. Yang pasti, dia mahu
menangis. Kenapa? Dia sendiri tak tahu kenapa dia emosi sangat. Nak period kut!
Telahnya.
“Aidid!” Tan Sri
Deraman sudah memanggil.
Aidid gelabah
jadinya. Pantas, dia membuka peti ais lalu disuakan lauk yang dibeli olehnya
kepada Reyanna.
“Ambik!
Panaskan! Cepat. Dah lewat ni!” arah Aidid.
Membuntang mata
Reyanna jadinya. Ceh! Dia beli lauk rupanya. Dia kenakan akulah ni? Arghhh!
Sakitnya hati!


0 comments:
Post a Comment