Tuesday, 10 December 2013

Tatapan saje!!

Novel ni saya buat saja2 aje. suka membaca, tp sy try la tulis2 sikit! Heee.. Hopes suka lah ye! Oh! Jangan nak malu-malu komen sini. Selamat membaca..


Bab 1

Suasana di dalam masjid Al-Wahid di Kuala Terengganu, begitu menenangkan setenang air di sungai, begitu mententeramkan namun tidak setenang Puteri Aisyah Humaira.Hatinya gelisah tak menentu, sungguh tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata, hanya Tuhan sahaja yang tahu.Subhanallah, debaran di dada kian rancak.Tak pernah lagi seumur hidupnya melalui detik ini.Kini, dia hanya menunggu saat yang paling bersejarah bagi seorang wanita untuk bergelar seorang isteri yang sah kepada kaum Adam selain untuk memenuhi tuntutan agama.Tangannya yang menggigil kian terserlah.Dari jauh matanya menyoroti si empunya badan yang sedang duduk di hadapannya tika ini.‘Inilah, manusia yang amat aku dambakan.Ya Allah, permudahkanlah, urusanku ini agar segalanya berjalan dengan lancar.’Hatinya bersuara. Dalam kegelisahannya menantikan akan kehadiran tok imam, dia masih lagi memikirkan akan kehadiran sepupu akrabnya itu, Nur Soffeya Reyana. Melilau matanya mencari jejak sepupunya itu, seluruh pelusuk rumahnya dicari di waktu pagi itu, namun hampa.Dicubanya pula menhubungi sepupunya, namun hanya meninggalkan peti simpanan suara.Khayalannya terhenti secara tiba-tiba dengan kemunculan tok imam di dalam masjid.Debaran yang sudah beransur tenang kini kembali berkocak hebat  pabila tok imam mula menghulurkan tangan sebagai permulaan dalam akad.Dilihatnya bakal suaminya menyambut huluran itu dengan tenang.

“Muhammad Aidid Rayyan Bin Tan Sri Tarmizi, aku nikahkan dikau dengan Puteri Aisyah Humaira Binti Ramli, dengan mas kahwinnya RM 111.11 tunai.” Suara tok imam lantang sehingga didengari segenap ruang masjid itu.Aisyah sudah terketar-ketar, menantikan jawapan daripada Aidid itu.Pegangan tangan antara tok imam dengan Aidid semakin dieratkan, lantas suaranya pula digantikaan sebagai balasan akad itu tadi.

“Aku terima nikahnya………….” Inilah saat yang dinantikan oleh Aisyah. Namun, malang tidak berbau, apabila Aisyah dikejutkan dengan kehadiran seorang wanita yang secara tetiba menerjah masuk ke dalam masjid itu.. Diamatinya wajah wanita itu seketika.. Akalnya cuba mencerna akan wajah itu. ‘Itu kan Reyanna!!!’ hatinya berdetik..

“Akak, berhenti!! Akak tak boleh kahwin..” satu ayat itu sudah mampu mengegarkan seluruh anggota badannya, nadinya seakan mahu berhenti.

“Saya pohon akak, akak tolong hentikan majlis ini!” Aidid memberhentikan lafaznya. Agak kaget dengan apa yang berlaku. Apakah semua ini?? Dugaan apakah ini, Ya Allah?? Telinga Aisyah sudah menangkap akan bunyi bisikan-bisikan halus orang kampung yang menyaksikan drama ini. Yang pastinya, bisikan itu pasti tidak enak didengarinya. Tetapi, bukan itu yang menjadi tumpuan akalnya kini, apa yang menjadi tanda tanya pada dirinya itu akan kenapa sepupunya bisa berbicara sebegitu.. Itu yang amat dinantikannya!!

“Kenapa dik?? Kenapa tegesa-gesa ni?? Kenapa adik menangis??” dihampiri Reyanna lalu dipeluknya.Cuba menenangkan sepupunya di samping menenangkan debaran di dadanya juga. Seisi masjid bagaikan sudah tidak tenteram lagi. Yang pasti, sudah hangat jadinya masjid itu dengan bunyi-bunyi bisikan orang-orang kampung sesama sendiri yang jelasnya tidak menyenangkan. Kelihatan ibu dan ayahnya turut berada di sisi, agak cemas dengan apa yang bakal berlaku. Mungkin memikirkan akan apa yang berlaku sekiranya berita yang dibawa anak saudaranya itu merupakan berita buruk. Tidak.. Simpang malaikat 44.. Janganlah, malu aku nanti. Akal ibunya berkata.

“Akak, adik mintak maaf.. Akak tak boleh kahwin dengan lelaki ni!!” pelukan Aisyah terhadap adiknya segera dirungkaikan. Semakin kusut fikirannya.

“Kenapa, dik ??” soal Aisyah, cuba beriak tenang. Dipandang akan tunjukan jari Reyanna itu kepada Aidid. Hatinya berkali-kali berdoa agar dirinya sentiasa berada dalam ketenangan.

“Akak ingat tak apa yang adik ceritakan pada akak semalam??” Aisyah terdiam seketika. Mungkin cuba mengingati akan peristiwa semalam. Kemudian diangguknya perlahan. ‘Kenapa ni? Apa ada kaitankah bakal suaminya itu dengan cerita adiknya itu?’ akalnya sudah membuat berbagai andaian. Reyanna menarik nafas sedalam-dalamnya. Cuba mencari kekuatan.

“Dialah, lelaki itu.” Ya Allah. Luluhnya hati Aisyah Humaira apabila mendengar sepotong ayat daripada bibir sepupunya itu. Terduduk Aisyah. Tidak disangka-sangka lelaki yang disanjungnya selama ini, yang didambakan sudah berlaku curang dengannya.Terasa bodoh dirinya apabila menelan semua kata-kata cinta, bicara manis lelaki itu selama ini.Air mata yang bergenang sudah terlerai, membasahi pipinya yang gebu itu. Habis, solekannya dek air mata itu menjadikan wajahnya berlumuran dengan warna-warna hitam hasil celakan di matanya. Sudah tiada gunanya lagi.. Semua orang tergamam akan kejadian ini termasuklah Muhammad Aidid Rayyan. Lantas, dia berdiri mengorak langkah ke arah Aisyah. Tidak betah rasanya berlama-lamaan duduk di sana. Dihampiri buah hatinya itu seketika. Dia masih lagi bingung akan apa yang terjadi..Dia ada kaitan dengan cerita perempuan ini? Cerita apakah itu? Masih lagi terkunci dan belum terjawab dalam benaknya, mengharapkan penjelasan daripada bakal sang isterinya.

“Humaira..” lunak suara Aidid memanggil buah hatinya berharap suara itu mampu menenangkannya, namun tidak bagi Aisyah Humaira. Hatinya sungguh pedih mendengar nama itu, tiada seorang pun manusia di dunia ini yang memanggilnya dengan panggilan sebegitu rupa walaupun ibu dan ayahnya. ‘Mengapa, Ya Allah? Mengapa? Kenapa kisah cintanya itu harus diakhiri dengan episod kedukaan begini? Apa tidak layakkah dia untukku?’ luah hatinya. Dipandang Aidid sepintas lalu, wajah itu..Ya, wajah itulah yang begitu menenangkan jiwanya dalam diam.

“Kenapa, Aidid? Kenapa awak sanggup buat begini pada saya? Apa salah saya?” rintih Aisyah dalam sendunya.Aidid memandang Aisyah dengan wajah bingung. Dipandang purdah yang berwarna coklat cair milik wanita itu seketika, cuba menghilangkan gerhana hati yang sekian kuat melanda.

“Apa salah saya, Humaira?Saya tak faham.Kenapa awak menangis?Apa yang terjadi, sebenarnya? Siapa perempuan ni? Apa yang dia cerita sampai awak menuduh saya sedemikian rupa?”Tenang Aidid bertanya. Cuba berinteraksi dengan Aisyah secara halus, bimbang pula dengan emosi wanita kesayangannya itu akan hilang sambil matanya merenung tajam wajah perempuan yang sudah membuat kecoh majlisnya itu.

“Usah ditanya kalau awak dah tahu. Jangan berpura-pura Aidid. Sudahlah, usah lagi awak fikirkan saya lagi.”Lembut tutur kata Aisyah menerjah gegendang telinganya.

“Tanya tentang apa?? Pura-pura apa pulak ni? Humaira, apa semua ni? Saya .. Saya tak faham..” jujur Aidid berkata-kata.

“Aidid.. Kenapa ni? Apa dah jadi? Majlis dah nak mula ni.” Atuk Aidid, Tan Sri Deraman datang menghampiri cucunya itu.

“Entahlah, tuk. Aidid pun tak faham sebenarnya apa yang berlaku. Humaira, tolonglah jelaskan, kenapa? Saya semakin bingung ni. Okey, apa kata kita selesaikan dahulu majlis ni? Kemudian, baru kita selesaikan masalah ni bersama-sama. Orang ramai dah tunggu kita tu.. Pak imam dah lama tunggu kita. Jom.” Aidid memberi cadangan sambil diangguk cuma oleh atuknya itu. Namun, mereka terkejut apabila Aisyah sudah menggeleng beberapa kali. Peluh sudah memercik di dahi Aidid. Debarnya sudah tidak terkata-kata.Semakin lama, semakin banyak persoalan yang ditimbulkan oleh akalnya lagi.

“Maaf, Aidid.. Atuk.. Majlis ni tak boleh disambung. Saya minta maaf.Awak tak boleh kahwin dengan saya.” Nanar Aidid dibuatnya. ‘Apa semua ni? Kejutkanlah aku dari mimpi buruk ini, sudah tak sanggup lagi aku berada dalam mimpi seperti ini. Bukan ini yang diharapkannya..’

“Apa awak cakap ni? Habis, apa kita nak cakap pada semua orang? Semua orang kampung dah datang, nak tengok kita bernikah. Apa kata mereka nanti? Fikirlah, Humaira.” kata Aidid dengan penuh pengharapan.

“Betul, kata Aidid tu Aisyah.Kamu jangan macam-macam Aisyah, mama dah beri kad undangan pada semua orang kampung. Apa kamu dah gila kalau kita nak batalkan majlis ni. Ni bukan main pondok-pondok, Aisyah! Fikirlah Aisyah, kesiankanlah kat mama ni. Malu mama dengan papa kalau macam ni. Aisyah nikah ya dengan, Aidid” pujuk Latifah, mama Aisyah.

“Ha’ah. Kenapa ni Aisyah? Kamu jangan macam ni, Aisyah. Fikir dulu sebelum bertindak. Nanti apa atuk nak cakap pada mama dan papa Aidid nanti? Mereka dah tempah tiket nak pulang ke Malaysia semata-mata mahu melihat majlis perkahwinan kamu berdua nanti di KL. Fikirlah, Aisyah..” rayu Tan Sri Deraman. Semakin lebat jadinya air mata Aisyah tika itu.Pilu sungguh hatinya.Rayuaan atuk itu begitu memedihkan hatinya.

“Tak, atuk, mama, papa majlis ni tak akan berhenti.”Semua orang sudah bernafas lega, mengucapkan syukur pada Allah kerana masih mempertahankan hubungan antara Aidid dan Aisyah.

“Tapi, perkahwinan ni bukannya untuk saya. Reyanna akan gantikan saya.”Allah, terduduk Aidid dibuatnya sementara Latifah sudah terlopong mendengarnya. Semua orang sudah memandang ke arah gadis yang disebut Aisyah itu tadi. Semakin kuat pula bunyian bisikan halus itu.

“Apa ni, Humaira. Awak ingat saya ni apa? Barangan mainan? Kenapa awak sanggup lakukan semua ni pada saya? Apa salah saya? Cakap Humaira..Apa salah saya? Majlis ni untuk kita. Untuk kita, Humaira! Kenapa perlu berlaku macam ni?” soal Aidid. Ketenangan sebentar tadi sudah hilang batasnya.

“Kamu dah gila ke, Aisyah! Apa dah jadi dengan kamu ni? Kena sampuk ke apa? Mana mungkin pengantin bertukar? Kamu ingat ini filem, ya? Kamu, jangan buat macam ni? Dekat kad tu, nama kamu bukannya nama Reyanna. Lagipun, sepupu kamu ni muda lagi.Ibarat setahun jagung kalau nak masuk dunia perkahwinan. Kamu ingat dia dah bersedia nak pikul tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan kelakuan dia yang setiap hari keluar rumah tu? Ha, elok sangatlah nak jadi isteri orang dengan gaya macam tu. Memasak pun tangan teketar-ketar.” leter Latifah panjang sambil ayahnya hanya diam membisu.

“Saya minta maaf, mak. Aidid, awak masih sayangkan saya?” tenang Aisyah bertanya.Pertanyaannya itu diangguk cuma oleh Adid.

“Jadi,  tolonglah penuhi permintaan saya ni. Kahwinilah  Reyanna. Tolonglah, Aidid. Atuk, saya harap atuk faham. Maafkan saya, tuk.Tapi, saya tetap tak boleh berkahwin dengan Aidid. Dia bukan untuk saya. Maafkan saya atuk..” akhirnya lambat-lambat diangguk juga kepala orang tua itu. Kemudian, Aisyah menghampiri Reyanna lalu tangan adiknya digenggam erat.

“Adik, kahwin dengan Aidid ya?”

“Tapi kak??” terkeluar juga suara Reyana yang sejak tadi beku itu.

“Adik, lakukan saja.Jangan bimbang. Ini semua untuk kebaikan adik dan semua orang. Akak faham. Akak tak akan salahkan adik. Sudah tersurat segalanya.” Reyanna memandang sekeliling. Semua orang sudah menjelingnya semacam.. Namun, kata-kata sepupunya itu diangguk juga akhirnya. Reyana bergerak menghampiri tempat duduk asal kakaknya untuk upacara akad itu.Debarannya usah dikata, hanya Tuhan saja yang tahu. Sungguh tidak disangka Reyanna, akan berlaku seperti ini. Fikirnya, dia hanya mahu membatalkan pernikahan itu sahaja dan bukan menjadi pengganti kepada kakaknya itu.Namun, melihat wajah kakaknya itu, hatinya jadi berbelah bahagi  pula.Akhirnya diturutkan jua kemahuan Aisyah itu.

Keadaan di dalam masjid itu kembali tenang namun tidaklah setenang seperti permulaan majlis tadi kerna ada suara yang lain sudah berbisik-bisik tentang itu dan ini sehingga menggangu emosi Aidit. Dalam hatinya sudah terbakar dek perbuatan gadis itu. Namun, mulutnya melafazkan juga akad terhadap Nur Soffeya Reyana yang sudah sah menjadi isteri kepada Muhammad Aidid Rayyan Bin Syed Tarmizi. Sungguh berat hatinya ketika menyarungkan cincin di jari manis Reyana itu lalu upacara pembatalan air sembahyang berlaku. Jujur, dia tidak ikhlas langsung ketika mencium dahi isteri ekspressnya itu.Entah siapa perempuan itu pun dia tidak tahu.Bukan ini perempuan yang dia mimpikan setiap malam untuk berdamping dengannya.Direnung sekilas wajah perempuan itu, sungguh 360 darjah berbeza dengan kakaknya itu.Dengan berpakaian seksi iaitu dengan mengenakan dirinya dengan sehelai baju lengan panjang berwarna merah jambu lusuh itu yang dikenakan dengan sehelai jeans. Ini amat memalukannya. Perempuan ni memang tak layak berada di sisi aku!!

Namun, itu masih lagi boleh diterimanya, apa yang dimalukannya dia langsung tak memakai tudung mahupun selendang. Dahl ah, rambutnya pula sengaja didyekan dengan warna merah. MasyaAllah, perempuan jenis apakah ini? Belum pernah sesaat pun mindanya terlintas untuk berkenalan dengan perempuan sebegini apatah lagi untuk memperisterikan perempuan macam ni.Malunya dia sungguh tidak terkata.Masam mencuka wajahnya. Langsung tiada sebarang senyuman tersungging di bibirnya, apa yang wujud hanyalah sumpah seranah kepada perempuan si durjana ini. Dilihat atuknya yang sudah meninggalkan masjid itu. Mungkin dia mengambil udara seketika untuk menghilangkan segala rasa terkejutnya dengan apa yang terjadi.

Matanya pula melihat kelibat si buah hatinya, Humaira yang tersenyum manis pada sepupunya itu sambil telinganya mendengar ucapan tahniah daripada  Aisyah. Akalnya tidak bodoh, masih terang lagi malah sudah terserlah akan wajah kekecewaan yang terpamer di muka wanita kesayangannya itu. Apa sebenarnya yang terjadi? Kenapa secara tiba-tiba Aisyah membatalkan pernikahannya? Semuanya belum terjawab di mindanya, namun apa yang pasti perempuan inilah yang menjadi punca. ‘Sungguh, aku bersumpah kau akan merana perempuan!!Kau tak akan aku lepaskan!!’ hatinya lantang bersuara.

0 comments:

Post a Comment