Bab 2
Penghawa
dingin yang terpasang di bilik Reyanna masih lagi tidak dapat menenangkan
hatinya yang gelisah.Sedari tadi, fikirannya asyik memikirkan suaminya yang
baru dikahwini beberapa jam yang lalu.Bukannya dia bodoh, sudah terang-terangan
dirinya ditolak secara mentah-mentah oleh suaminya.Bukannya dia minta untuk
dikahwinkan, namun dia hanya menurut kata-kata sepupu yang dianggap seperti
kakaknya itu. ‘Aduh, pening aku dibuatnya. Apa yang perlu aku buat ni?’ hatinya
semakin berdebar. Dikerling sekilas pada jam dinding di biliknya itu, sudah
menginjak ke 10 malam. Pasti, suaminya akan masuk ke bilik ni nanti. ‘Aduh!!
Kalau dia tanya apa aku nak jawab pasal keputusan sepupunya yang secara
tiba-tiba berubah itu? Jap..Kenapa aku perlu takut? Aku tak salah. Sebaliknya
aku yang menjadi mangsa dalam hal ni. Ya betul!’ akalnya membela. Sedang
hatinya gelisah yang teramat, bunyi tombolan pintu di biliknya itu begitu
memeranjatkannya. Kecoh Reyana dibuatnya.
‘Arghh!Apa aku
nak buat ni? Ha, sorok bawah katil? Eh, apa ni. Ingat aku nak main sorok-sorok
ke? Aduh, apa perlu aku buat? Ha, mengaji? Gila kut, tu munafik namanya! Arghh!
Buat-buat tidur ajelah!’ akhirnya Reyana setuju dengan pilihan akalnya yang
terakhir itu.Ditarik gebarnya lalu diselebung dirinya itu sehingga menutupi
kepala dengan badannya yang sedikit mengiring ke kanan. Dengan sehabis baik,
Reyana cuba berlakon untuk meyakinkan Aidid bahawa dirinya itu sudah diulit
mimpi yang indah walaupun disebalik gerbarnya itu bukan main debar lagi dirinya
itu. Masih jelas bunyi tapakan kaki seseorang ke dalam biliknya.Peluh usah
dikata bagaikan selautan pula di cadar itu gara-gara bedebar dengan kehadiran
lelaki itu. Lama dia diselebungi dengan gebarnya itu sehingga Reyana tidak
tertahan pula dengan tahap darjah kepanasan itu. Lalu diselaknya gebar itu.
“Waaaaaa!!!”
tepik Reyana. Terkejut.Mana tidaknya sebaik sahaja gebarnya itu diselak, wajah
lelaki itu betul-betul di hadapannya.Baru fikirnya mahu melarikan diri kerana
menurut hatinya lelaki itu sedang mandi. Namun, sangkaanya itu meleset sama
sekali. ‘Aduh, mampus aku ni! Apa aku nak buat ni? Dahlah, dia renung aku macam
nak telan aje. Aduh..’ khuatir Reyana.
“Kau ni siapa? Apa
yang kau nak daripada aku? Apa yang kau dah buat pada Humaira sampai dia
batalkan perkahwinan hari ni?” soal Aidid garang. Kecut Reyana dibuatnya. Mana
tidaknya jika suara dah macam singa mengaum macam tu.
“Awak, relakslah.
Saya tak faham sebenarnya apa yang awak cakapkan ni. Siapa Humaira? Sorry, saya
tak kenallah.” Tenang Reyana menjawab. ‘Orang macam ni kena balas dengan air tak boleh dengan api’
bangga Reyana berkata kerana dia yakin pasti lelaki di hadapannya ini akan
sejuk selepas mendengar suaranya yang tenang itu.
“Woii! Apa yang
kau cakap ni? Humairalah.. Humaira!
Kakak kaulah bodoh!” bagaikan satu tamparan hebat mengenai Reyana tika
itu.Sehabis yakin dia mampu menenangkan diri lelaki di hadapannya itu.Namun, semuanya
bagaikan sia-sia sahaja.Terasa macam diri menjadi bodoh pulak apabila dirinya
diperkatakan sebegitu rupa. Dirinya bagaikan tercabar pula dengan kata-kata
sinis lelaki itu.
“Oh. Kak Aisyah.
Saya kenal.. Dia sebenarnya sepupu saya, Tapi saya dah anggap dia macam kakak
saya.”
“Ahhh.. Aku tak
nak tahu. Sekarang, bagitahu aku kau nak apa?” Mak oii, garangnya cik abang ni.
Muka serius nak mampus. Kus semangat aku. Okey. Reyanna, Relax.. Cool aje.
Smile ya! Akal Reyanna mengingatkan dirinya.
“ Dah kalau awak
dah tahu siapa saya, kenapa tanya saya lagi?” semakin berang Aidid jadinya..
Dilihat Reyana dari atas hingga ke bawah..Sungguh panas hatinya tika itu. Rasa
mahu ditampar-tampar perempuan di hadapannya ini. Dahlah, atuknya pergi
meninggalkan dia tanpa berkata apa-apa. Semuanya gara-gara perempuan ni! Peristiwa
petang tadi pula, bagaikan siaran ulangan di mindanya.Sungguh dia teramat
kecewa. Lalu, diangkat kakinya meninggalkan Reyanna bersendirian, takut dirinya
akan melakukan perkara yang amat ditakutinya pada perempuan itu. Sejurus sahaja
pintu bilik itu ditutupnya perlahan, matanya terhenti pada sesusuk tubuh yang
amat dinantikannya. Alahai, Humaira kenapa kau buat aku macam ni? Hatinya sudah
diasak dengan pelbagai andaian yang tak mungkin dijawabnya. Lantas, dibawa
kakinya ke arah Humaira.
“Humaira..”
panggil Aidid dengan suara yang dikawal sehabis mungkin.
“Ya..” lantas,
wanita itu berpaling. Alangkah, terkejutnya dia apabila melihat lelaki yang
selama ini disanjungnya dahulu itu berada di hadapannya.Terkedu wanita itu
seketika.Aidid pula berharap agar Humaira sudi berjumpa dengannya. Namun, tidak
disangka-sangkanya apabila Humaira secara tiba-tiba melangkah pergi darinya.
Lalu, dengan pantas tangannya menggengam
tangan Humaira yang putih melepak itu. Berkocak hebat jiwa Aidid
melihatnya. Belum pernah dia melihat kulit wanita itu selain mukanya yang
ditutupi dengan purdah itu dan tapak tanganya.
“Awak ni kenapa?
Gila ke apa? Nanti mak dan ayah saya nampaklah.Lepaslah!!” garang Humaira
berkata-kata dengan suaranya yang diperlahankan sehabis mungkin. Hilang sudah
kata-kata lembutnya selama ini. Ah, peduli apa. Dengan lelaki jenis macam ni,
apa yang perlu aku hormatkan?
“Tak nak!
Sekarang ni memang saya gila, bila saya kahwin dengan perempuan durjana yang
entah mana asalnya. Can you imagine that?”
“Subhanallah,
awak sedar tak apa awak cakap ni? Dia adik saya, awak.”
“Dia cuma sepupu
awak saja!” pintas Aidid
“Apa-apalah.. Dan
awak dah jadi macam adik ipar saya.Kita dah ada gap sekarang. Baik awak lepaskan
saya, nanti apa kata Reyanna nanti.”
“Arghh!! Saya
tak kisah! Saya dah tak peduli.Apa yang penting sekarang ni, get explain to me what actually had
happen.” Dilepaskan genggaman tangannya.Humaira sudah menggosok pergelangan tanganya
yang sudah memerah sambil matanya memfokuskan ke lantai.
“Saya tak nak
ambil hak orang, Aidid.Cukuplah, dengan permainan yang awak dah ciptakan untuk
saya.Saya dah penat. Lebih baik, awak fokus kepada Reyanna, masa depan awak
sekarang ni.”
“Saya..Saya tak
faham Humaira. Ok, maksudnya awak nak cakap yang saya ni hak Reyannalah? Nonsense.
It doesn’t make any sense. Ok.. Kalau macam tu, saya akan ceraikan Reyanna and
then we got married. Ok, Humaira?”
“Astaghfirullah..
Mengucap Aidid. Apa awak cakap ni? Sekarang ni baik awak balik ke bilik awak
sekarang jugak! Dan awak ingat yang saya tak akan sesekali balik pada awak!” Pantas
Humaira meninggalkan Aidid. Dipandang wanita berjubah hitam itu dari jauh yang
sudah menggalkannya itu.Sungguh hatinya sakit.
‘Semuanya sebab
kau, perempuan. Aku akan pastikan kau akan merana nanti. Dan kau Humaira, kau
akan aku pastikan menjadi milik aku. Jangan nak beranganlah wahai Humaira yang
kau akan tinggalkan aku. Tak akan sesaat aku lepaskan kau.’Azam Aidid dengan
yakin, lalu meninggalkan perkarangan halaman biliknya.Panas hatinya jika
berlamaan di situ.Sementara dari jauh ada hati yang sudah terluka melihatnya.
Jam
sudah menunjukkan pukul 8.30 pagi. Reyanna masih lagi diulit mimpi lena.
Baginya, bangun awal pagi tiada faedahnya jika mata masih lagi mengantuk.Ditarik
gebarnya semakin tinggi.Ah, nikamatnya sungguh tidak terkata.Tapi, ianya hanya
untuk seketika apabila Aidid tiba-tiba menarik gebarnya lalu dicampakkan ke
lantai. Pada mulanya, dia malas mahu mengambil tahu akan perempuan itu, namun
apabila ibu dan bapa mertuanya asyik bertanyakan akan anak saudaranya itu, dia
terpaksa akur untuk mengejutkan perempuan itu.
“Eh, apa ni?
Orang nak tidur pun tak senanglah! Bagi balik gebar tu.”
“Eh, kau tak
nampak ke matahari dah terpacak nuh? Hah? Cerah kan?”Aidid menarik langsir
biliknya.Seluruh bilik itu kini disinari dengan cahaya matahari.Pinar mata
Reyana dibuatnya.
“Apa ni? Tak
hormat orang langsung. Saya bukannya kerja pun sampai nak bangun pagi segala.”
Bebel Reyanna.
“Woiii.. Macam
ni ke isteri? Tak layak langsung nak buat bini. Hih..” Gedebuk! Ahh, amik kau
Reyanna dia bagi satu das kat kau sekaligus.
“Oh, mengaku
jugak awak yang saya ni isteri awak ya?” balas Reyanna bijak menyebabkan Aidid
terdiam.
“Dahlah, malas
aku nak layan perempuan macam ni. Dah, pergi turun nanti, mama dah tunggu kat
bawah.Kau lambat, siap kau!”Aidid berkata berbaur amaran.Reyanna pula semakin
bingung. Dia ni ok ke tak? Semalam macam singa, hari ni nampak ok aje layan
aku? Haihhh..Mungkin dia dah dapat terima aku kot.Jangan nak mimpilah Reyanna,
laki kau tu punyalah benci gila pada kau. Huh, macam tu kau cakap dia dapat
terima kau. Whatever! Dicapainya tuala lalu bergegas menyiapkan diri secara
ala-kadar bimbang suaminya akan berubah mood pulak..Suami? Hih, dah kemaruk dah
ke aku ni? Tiada jawapan bagi Reyanna hanya mengiringi jalannya ke tandas
sambil senyuman yang tidak lepas tersungging di bibir. Gilalah aku nih!
Senyumlah wahai bibir, jangan hati turut sama tersenyum sudah!
Reyanna
membelek dirinya untuk seketika. Hurm.. ‘Patut ke aku ikat toncang rambut aku
ni? Atau ikat kuda, ataupun lepas aje?’ Dicubanya satu persatu sehinggalah
dirinya puas dengan penampilanya dengan mengenakan t-shirt bewarna biru gelap
serta seluar jeans dengan rambutnya yang diikat kuda itu. Jika dilihat secara
imbas, dirinya tidak ubah macam model, dengan gayanya yang tersendiri, kulitnya
pula yang putih gebu itu, juga tingginya yang seimbang dengan ketinggian
seorang model.
“Okey ke aku
pakai baju sama warna dengan dia ni? Nanti, dia mengamuk macam mana?” soal Reyanna
pada dirinya sendiri.Ahh, lantaklah pakai aje baru nampak macam pengantin baru.
Warna sejoli gitu! Kemudian, dibawa dirinya ke ruang makan.Matanya dapat
melihat semua orang asyik dengan makanan mereka. ‘Hih, tak nak pandang ke aku
ni? Punyalah lama aku berdandan ni. Kalau tahu macam ni, baik aku pakai kain
batik! Eh, no.. No! Aku mana biasa pakai kain tu. Not my taste la. Alah, abang
cepatlah tengok sini. Abang? Biar betul aku ni?’ akal Reyanna sudah
membebel. ‘Yelah, kenalah berlatih.Kan
nak jadi isteri mithali.’Akalnya pula bersuara.
“Eh,
sayang..Bila masa sayang ada kat sini? Tak perasanlah.. Sorry ya.. Meh..” suara
Aidid mengejutkan Reyanna daripada lamunan panjangnya. What? Sayang? Euu! Mata Reyanna
kini perasan semua mata sudah tertumpu padanya termasuklah Aisyah, sepupu yang
seperti kakaknya yang duduk menghadap suaminya itu.Aiseyy man, macam artislah
pulak.Lantas, tangan Aidid menyambar lembut tangan Reyanna lalu ditarik kerusi
untuk isterinya itu. ‘Ah, romantiknya! Suka! What? Gurau ajelah! Detik hati
Reyana.
“Wah, sayang
sungguh suami kamu ni ye, Reyana. Beruntung kamu.” Latifah menyampuk seketika. Lantas,
Aisyah terbatuk. Berair matanya akibat nasi ditelannya tersekat di kerongkong. Lalu,
diambilnya air lalu diteguknya.
“Aisyah, kenapa
ni? Lain kali, makanlah elok-elok.”Khalil pula menyampuk apabila melihat
anaknya dalam keadaan begitu. Masakan dia tidak tahu bahawa anaknya itu sedang
menahan api marak cemburu. Ah, dia kenal benar dengan anaknya seorang ini. Sedangkan,
ada perempuan mahu melihat Aidid dimarahnya, apatah lagi si Aidid ni bermain
drama di hadapannya. ‘Aidid, ni memang benar-benar mahu menguji hati
Aisyah.’Kata hati kecil tuanya.
“Ayah..
Mak..Aisyah naik dulu.Rasa tak sedap badanlah.”Sahut Aisyah pula.
“Eh, kamu demam
ke, Aisyah? Tulah, mak dah cakap.. Jangan banyak sangat fikir tu. Hurm,
pergilah masuk bilik tu.” Aisyah sudah meninggalkan perkarangan drama si Aidid
itu.Jatuh air matanya sudah tidak terkira. Sakit sungguh hatinya, namun dia
harus menerima hakikat akan kebenarannya kini yang adiknya sudah memiliki si
empunya pemilik hatinya itu. Aidid pula sudah tersengih lebar.Hatinya sudah
bersorak gembira.Kini, semuanya sudah jelas. ‘Aku tahu kau masih cintakan aku,
jangan nak nafikannya! Kau akan jadi
milik aku!’ matanya pula menyoroti si Reyanna pula sambil tangan isterinya itu
digenggam erat.‘Dan kau, aku akan pastikan hidup kau tak ubah seperti
neraka.Aku akan pastikan hidup akan terbakar nanti!’ semat azzamnya.Hatinya
sudah puas.Segalanya bagaikan sudah berada di mindanya. Yang pasti, Humaira...
Kau milik aku! Milik aku! Sementara itu, hati Reyanna semakin sebal jadinya.
Apa kena dengan laki aku ni? Dia sukakan aku tak? Lambat-lambat bibirnya
tersenyum.. Aku tahu aku memang handal bab-bab menggoda ni. Sekali pakai baju
macam ni dah cair dengan aku, belum lagi pakaian tidur yang seksi tu, apa dia
namanya? Lingerie. Ni mesti tak pernah tengok akak Aisyah pakai macam tu, tu
yang aku pakai sampai dia pegang tangan aku tak lepas-lepas nih! Hatinya bersoak
riang. Namun, sayang apa yang diungkapkan hatinya tidak seiring dengan apa yang
Aidid rasakan. Reyanna oh Reyanna.


0 comments:
Post a Comment